Tuesday, April 23, 2013

Gulai Ikan Darat Kelantan

Arini entry selepas bangun sahur......ada lagi 3 ari puasa yang perlu diganti termasuk arinilah.harap2 berjayalah yer.huahuahua.macam budak kecik plakkan. Oklah....malam tadi akak buat gulai ikan darat ikan haruan.Sedapppppp.....tringat kampung halamanku Bachok Kelate. makanan di musim tengkujuh. Abah saya suka tahan pukat musim tengkujuh ni. Adik2pun sama.pagi2 bangun, g tengok pukat, tengok pada rezekilah...kalo time dapat banyak, banyaklah. ikan yang biasa dapat macam ikan haruan, sepat, puyu dan keli.

Bahan2:-
santan 1 paket
4 ulas bawang merah
sehiris lengkuas
5 batang lada kering
1 sudu biji ketumbar
sedikit kunyit hidup/ serbuk
2 keping asam keping
segenggam daun kandis(daun pokok asam keping)
segenggam daun kesum
ikan haruan....2/3 ekor yang kecik2...yang kecik sedap sebab isi dia macam manis2 sikit.Ikan lain...boleh guna ikan keli/sepat/puyu..campu2 lagi sodap

Daun kandis


Ikan Haruan



Cara2nya adalah(berangan cam chef wan la kejap)kihkihkih

ok penonton semua....mula2 kisar cili+lengkuas+bawang+kunyit+biji ketumbar....da kisar(dalam pengisar apapun...apa yang korang adalah) kalo xde...tumbuk ala2 traditionalla...dengan lesung batu(mak kita kat kampung dulu2 guna lesungla)

Masukkan bahan kisar bersama dengan ikan+ asam keping...gaul sebati, baru bukak api perlahan. letak sedikit air(untuk elak ikan hangit)....bila ikan da sebati sedikit ngan rempah2nyer tu....masukkan santan bersama sedikit air lagi(dalam setengah cawan)...biar mendidih sedikit...baru masukkan gula, garam dan daun kandis dan daun kesum(daun kandis ngan daun kesum...masukkan bila ikan da masak) dan tutup api.


No comments:

Post a Comment