Arini teringat nak buat pavlova….sebenarnya Cikma takdelah suka sangat pavlova ni….suka gitu-gitu jer. Hubby Cikma yang hantu dessert ni.suka sangat dia bila Cikma wat bendalah nih.!st time wat dulu tak menjadi…..tambah plak masa tu, silap beli whip cream.Ni second time wat….memang menjadi dan sangat-sangat sedap.
Kalau korang nak wat, ist….kena beli bahan2nyer.Bahan-bahanpun xdela banyak…cuma yang mahalnyer tang buah jer.
Bahan 1(Meringue) Untuk4/5 orang makan
2 Biji Telur
90gram gula kastor
1/2 sudu cuka
1/2 sudu tepung jagung.
Sedikit esen vanila
Cara buat Meringue:- Mula-mula ambik mixer, pukul 2 biji putih telur ajer(yang kuning tu….boleh goreng makan dengan nasik…takpun letak dalam meggi)kihkih.Pukul sampai kembang sikit.Lepas tu…masukkan gula kastor…kuatkan kelajuan mixer dan pukul sampai kembang lagi.Selepas itu, bolehla masukkan tepung jagung+ cuka+esen.Pukul lagi hingga ringan.Lepas tu, kalau nak tau dah menjadi belum kita punya meringue tu….terbalikkan bekas tu.Kalau meringue tak tumpah….maksudnyer dah menjadi.
Lapik tray dengan baking paper(kalo xde…bolehjer ambik kertas A4 pastu sapu minyak sikit).Buat bulatan pada baking paper tu…then letakkan adunan meringue anda…dalam bulatan yang anda dah lukis tu.Kemudian panaskan oven tu, 180 darjah celsius….letak meringue dalam oven dan bakar dalam sejam- sejam 15minit.Nak tau masak ke tak pavlova anda itu, boleh tengok yang luar dia garing, dalam lembut tu…maknanaya masakla.
P/s:Tempoh masa nak bakar pavlova tu, bergantung pada jenis oven….macam oven cikma.dalam sejam 10minit…dah masak dah.
Bila dah masak tu, bukak pintu oven….dan biarkan pavlova tu sejuk dulu
Sementara tunggu pavlova sejuk….Bolehla pukul whipping cream.Cikma guna dalam 2 cawan whipping cream…pukul sampai kembang dan cikma tambah sesudu gula kastor.
P/s:Pastikan whipping cream tu jenis yang non-dairy punya.Kalau yang Dairy tu…bila kita pukul lama2,dia akan berketul2
Dah siap pukul whipping cream…tuang ke atas pavlova anda dan bolehlah dihias dengan buah-buahan.Seeloknya buah yang jenis masam sikit sebab untuk balancekan pavlova yang dah sedia manis tu.
Contoh cara menghias pavlova. Sumber carian dari googles
No comments:
Post a Comment