Thursday, July 25, 2013

Mee Celup Super Sedap

Semalam.....cikma berbuka dengan mee celup.sedap sangat.Terubat rindu pada mee celup makcik depan sekolah menengah dulu tu. Dulu-dulu, kalau balik sekolah.....dalam seminggu tu, mesti tapau mee celup.Masa tu masa cikma form5..masa SPM dulu.Tahun 2000....dah 13 tahun berlalu.Semalam baru cikma berkesempatan nak masak sendiri.Resepinyer cikma gugel dan ubah ikut citarasa cikma sendiri.Mee celup ni sangat-sangat popular kat kelantan. Dia macam mee sup.Tapi semua bahan-bahan diletak dalam mangkuk termasukla garam, gula.


Ni cikma nak kongsi resepi dengan kawan-kawan semua.....Petang ni bolehla buat untuk berbuka puasa.

Bahan-Bahan Sup(untuk 5/6 orang makan:-
4 ulas bawang putih.....potong dadu kecik-kecik
6 cawan air
daging(ikut banyak mana korang nak)
Isi ayam(ikut banyak mana korang nak)

Cara:- masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bawang putih hingga garing.Lepas tu masukkan air dan daging & ayam. Biar hingga masak dan ketepikan

Bahan-bahan lain:-
Ikan Bilis yang digoreng
Mee kuning
serbuk cili (cili kering yang diblend..tidak terlalu halus.....ada dijual dikedai)
cili padi(potong kecik2)
Limau kasturi/limau nipis
Lobak Jeruk(semalam cikma tak letak sebab lupa nak beli)
Kangkung(potong macam nak goreng tu)
Taugeh
Daub sup & bawang
Garam
Gula
Cuka
Kicap manis & masin
Sos cili

Cara nak hidang(untuk satu mangkuk)
Celup mee+taugeh+kangkung dalam sup(inilah sebabnyer orang panggil mee celup)...meenyer tidak dimasak bersama sup. Lepas tu, masukkan dalam mangkuk...letak sup, daging, ayam,serbuk cili,cili padi,lobak jeruk,gula, garam(cikma letak satu sudu),cuka(cikma letak 2 titis),sos(sikit jer),ikan bilis dan kicap dalam mangkuk tu. Bila nak makan, perahkan asam limau.



Wednesday, July 24, 2013

Lompat Tikam Kelate

Bulan-bulan puasa ni, tak sah kalau tak pekena lompat tikam ni.Padahal, masa kecik dulu....kalau ma buat, jeling jer.Tak maunyer nak makan.Ni antara makanan traditional negeri kelahiran cikma...negeri cik siti wan kembang.
Dulu-dulu, kalau ma cikma buat lompat tikam ni......satu paket beras pulut dia wat.Tu untuk sekali makanlah.Tapi masa tu, tok, abah, nenek dengan ma jer yang makan.Anak-anak semua tak jamahpun kuih ni.Lately ni, sejak diri dah berganjak ke umur dewasa ni...memang jadi feveretla kuih-kuih traditional ni.

Cara nak membuatnyer:-

Lapisan Hijau (untuk 2/3 orang makan)

1 mangkuk tepung beras
1.5 mangkuk air
1/2 cawan air daun pandan/air dari pewarna hijau+sedikit perisa pandan
sedikit garam
sedikit air kapur

Campurkan semua bahan ini dan panaskan atas api macam gambar dibawah ni.

Kacau selalu sampai pekat dan menggelegak
Bila dah sedikit kering.....bolehla diangkat dan diletakkan di dalam bekas dan sejukkan.

Lapisan Putih

3 sudu tepung beras
1 cawan santan sederhana pekat
1/3 cawan air
sedikit garam

Dimasak sama dengan cara lapisan hijau tadi....Letak dalam bekas dan sejukkan

Gula Melaka

2 keping gula melaka
secawan air
daun pandan

Cara:-Masak kesemuanya


Pulut Merah

1 cawan Beras pulut (dibasuh dan ditoskan)
Santan cair secukupnya(setengah dari sukatan memasak nasi)
sedikit garam

Masukkan dalam rice cooker dan masak.


Yeay.....da boleh buat lompat tikam dah. Selamat Mencuba yer kekawanku sekalian.Selamat Berbuka Puasa semua


Thursday, July 18, 2013

Kuantan....cuti-cuti malaysia Part 3 (2013)

Last part untuk cuti2 malaysia cikma yang lepas....ari ketiga, kitorang bergerak dari cherating ke kuantan lepas breakfast and check-out....on the way dari cherating tu...baru kitorang booking hotel.Hotel murah jerla booking.maklumla....cuti ala-ala budget ni.Kitorang duduk kat Hotel Sentral.Betul-betul dalam town.


Dah check-in, japan-jalan cari makan kitorangpun bermulalah di kuantan ni....1st destination kitorang ke Restoran Zaman yang popular dengan nasi lemaknyer.....orang kata kalo g lambat, memang x merasala nasi lemaknyer. Kitorang samapi lebih kurang dalam pukul 11pagi.Tawakkal jerlah kalo sampai da abis nasi lemak tu.

Ni hubby punya nasi lemak + ayam goreng
Komen mr hubby:ermmm, sedapla jugak

Cikma plak, terliur tengok nasi dagangnyer...cikma ni memang hantu nasi dagang...ma cikma sampai sanggup p belajar ngan kawan dia semata-mata nak masak nasi dagang tuk cikma.....huhu.sangat TERHARU...tq ma.muah,muah!!

tara.....nilah dia nasi dagang restoran zaman ni.Sedap sangat uolls.wajib rasa jika ke kuantan. Kuah dia pekat macam kari kedai mamak.en.suami cikma sangat suka kari ikan ni.

Selesai makan.....kitorang balik ke hotel.Menghabiskan masa dan berehat-rehat di sana.Tido 2,3 jam....maklumla..semua da kekenyangan dah.Bangun-bangun tido....ofkosla lapar balik...solat dan siap-siap....Jom kita ke destinasi seterusnyer. Kitorang ke kemaman kopitiam kuantan.


Kat sinipun, cikma order nasi dagang jugaks....erm..nasi dagangnyer biasa-biasa jer.hubby cikma order mee kari.Mee karinyer bole tahan jugakla.Pastu sampingan kitorang order keropok lekor ngan roti bakar. Yang menarik kat sini rasanyer kopi dia kot.






Habis makan, kitorang bawakla anak-anak berjalan ke east coast mall....dah puas berjalan tu, next destinationnyer ialah ke restoran yang femes dengan sataynyer kat kuantan ni. Restoran Zul satay. kat kuantan ni, ada 2 yang cikma nampak kedai zul satay ni.satu kat tepi jalan....kedai kecik jer tapi orang ramai.mungkin yang tu HQ nyer. Restoran ni, cawangan dia..orangpun tak berapa ramai sangat.





Dah kenyang makan satay.....balik tidola.apalagi.jam pun dah kul 10 dah.Cikma lupa nak snap gambar satay yang panas-panas.huhu...maklumla..lapar sangat.Bagi cikma,sataynyer biasa-biasa saja.

Esoknyer...pas breakfast.kitorang check-out dan last destinasi sebum balik KL....Akon patin House. Berpusing-pusing jugak cari....sampai da give-up da. GPS plan bawak tempt mengarut-ngarut her...last-last tak sampan jugak.Dah bosun mencari.....hubby berenti kedai Emas Sri Ayu. Ada promosi sempena anniversary dia.Harga emas tanpa upah.Dia kata"Jom beli emas pulak"haha...suka jugak cikma.tapi xdela tunjuk suka sangat-sangat.Pilih punya pilih...cikma ambik cincin.Harga RM350.kalo beli kat KL ngan upah sekali ni....maunyer 500++ kan.Kih-kih.

Dah siap bershopping tu, gugel lagi Akob Patin House dan call sendiri owner dia. Nasib pakcik tu angkat phone.Dia kata kedai anak diapun ada satu.Dekat ngan hotel apa entah. Tak jugak jumpa.Pastu cikma try tunjuk gambar kedai dia kat hubby....hubby cakap"eh, bukanke ni warung yang belakang hotel yang kita duduk tu"hahahaha..gelak kaw-kawla kitorang.dah lebih 2 jam berpusing-pusing ni.kat belakang hotel jer rupanyer.



Kitorang order patin buah 1, dating salai ngan ayam goreng.sedap tak terkata.....terliur plak bila teringat ni.Pastu bungkus lagi patin biasa ngan patin buah untuk di bawak ke KL







Kerabu ulam-ulaman

seronokkan bulan-bulan puasa ni.tiap-tiap hari dapat masak.takdelah dapur tu tak berasap.hari-hari dapur berasapkan.
Tapi cikma ni, kalau bukak puasa da masak sedap-sedap...time sahur, mesti malas nak masak dah.letih kot.....walaupun minat sangat main masak-masak ni.
Ohya.....semalam, cikma buat kerabu ulam-ulaman.....sedap banget.Teringat kerabu yang moyang ngan ma cikma wat.

Jangan terliur plak bulan-bulan puasa ni...huhu.Ni cikma nak kongsi resepinyer....petang ni/esok-esok lusa, bolehla try resepi ni.

Bahan-bahan:-
setengah biji kelapa parut(yang digoreng atas api tanpa minyak...goreng sampai garing)
Ikan selayang/kembung- Rebuskan dan ambik isi
Bawang merah - Hiris 
Cili merah- 5 biji
Santan pekat - dari 1/2 biji kelapa
Gula
Garam
Limau kasturi/cuka

Bahan ulam:-
Seikat daun selom(lebih kurang RM1)
3batang daun sawi(potong dan celur sikit)
3batang daun kesum

Semua ulam ni....dipotong-potong

Masukkan semua dalam mangkuk.Pastu perasakan dengan gula, garam dan air limau/cuka ikut citarasa anda. Untuk tahan lama sebelum berbuka tu(kalau uols buat awal....letak dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA YER

Tuesday, July 09, 2013

RAMADHAN 1434H

Alhamdulillah.......Allah telah panjangkan umur kita hingga bertemu Ramadhan tahun ini.Maka bertambahlah satu tahun lagi tahun hijrah iaitu kepada tahun 1434 hijrah.Jatuh pada hari Rabu, 10 July 2013.

korang semua da sahur ke?alhamdulillahla kan.Diharap semuanyer dapat menahan diri dari lapar dan perkara2 yang boleh membatalkan puasa hingga kita berbuka nanti pada waktu maghrib...hihi.

Pagi ni cikma bersahur dengan nasi putih panas2.....dimakan dengan daging goreng kicap dan telur mata kerbau....hubbypun bersahur nasik arini.siap tambah2 lagi.dua tahun lepas....dia sahur ngan cereal jer....arini kelaparan kot.

Berbuka ngan apa yer arini.o...arini cikma tak masak rasanyer sebabnyer my mother in law datang KL from taiping. tai taula nak berbuka di mana arini....erm yang tak bestnyer....hubby cikma plak terpaksa bekerja arini. Tak dapat berbuka samalah ini hari.SEDIH gak tuh.

OK...sampai sini jerla....Anak cikma yang kecik ni pun bangun sahur gak nih.diapun dah ngantuk nak tido dah...K,

SELAMAT BERPUASA YER KAWAN-KAWAN