Thursday, May 22, 2014

MUSIM HUJAN now






Alhamdulillah….boleh dikatakan hari-hari sekarang memang musim hujan….petang-petang jer hujan. Sejuk jer hari-hari. Matapun redup jer…dalam hati berharap sangat dapat tido…huhu.itu semua angan-angan mat jenin jerla…uwekks.jangan harapla nak tidokan.

Jadi harap maklumlah, kalo di KL ni…kalo musim hujan, jem di jalan raya bertambah sesaklah.Jangan lupa bawak roti(ni antara lawak dari zaman dulu sampai la sekarang bila berdepan ngan jem jalan raya ni)…Ramaila yang update di Facebook or instagram mereka….

Status 1- still on the road after 1 1/2 hrs drive for a 7km distance from home……huhuhu….whoaaaa….bila nap sampan rumah ni???


kesiankan…..ni jem jalan raya di area mutiara damansara - kota damnsara.

Status 2- happening now….traffic standstill.not moving.i'm stuck.avoid this road at all cause..

Cikmapun ada gap update gem taxi hat instagram…tapi disebabkan cikma malls nak ambik telipon yang tengah dicharge dalam bilik, so…..xdelah gambar jem di tol subang- nkve- damnsara tadi.tapi cikma tak lekat jem pun tadi…sebab cikma gerak awal dari tempat kerja tadi.

Ok…ni cikma nak bagi tips untuk elak sebarang penyakit di musim-musim hujan ni.

1- Elak letak bekas apa-apa di luar rumah yang boleh menyebabkan air bertakung yer,Kalo air bertakung….nanti jentik-jentik akan membiak dengan jayanyer.

2- Bila jam 6.00petang jer (walaupun kat TV or radio cakap kul 7.00petang), u alls kena pastikan segala pintu @ tingkap ditutup untuk elak nyamuk aedes masuk ke rumah ok…..LINDUNGILAH ANAK-ANAK ANDA DAN KELUARGA ANDA….ceewah.yang ni memang penting tau.Jangan abaikan

3-Elak anak-anak main air hujan/ terkena air hujan…..ish…ni kalau mak ayah @ tok nenek kita tau…mesti depa kata mengarut jer. Tapi u olls kena tau….hujan di kampung dengan di bandar besar ni lain tau. Kat bandar, persekitaran dia semulajadi. Tak banyak tercemar…Dekat bandar ni, banyak kilang-kilang yang mengeluarkan bahan toksid. Cikma sendiripun kalo air hujan direct kena kat kepala boleh demam…padahal masa kecik-kecik dulu….ok jer kalo kena hujan…siap tak mandi lagi.Tapi itu semua atas kehendak Allah s.w.t kan

4- Minum air yang dimasak.

5- Sidai baju dalam rumah…huhuhu.maklumla..kalo kat luar, ari-ari kena tempias hujanla jawabnyer.

OK….bai…ni jerla yang cikma boleh mengarut malam ni.Maklumla…anak-anak dah tido.Hujan-hujan ni, sodap tido





Thursday, November 14, 2013

PAvloVA SEdap & Senang


Arini teringat nak buat pavlova….sebenarnya Cikma takdelah suka sangat pavlova ni….suka gitu-gitu jer. Hubby Cikma yang hantu dessert ni.suka sangat dia bila Cikma wat bendalah nih.!st time wat dulu tak menjadi…..tambah plak masa tu, silap beli whip cream.Ni second time wat….memang menjadi dan sangat-sangat sedap.

Kalau korang nak wat, ist….kena beli bahan2nyer.Bahan-bahanpun xdela banyak…cuma yang mahalnyer tang buah jer.

Bahan 1(Meringue) Untuk4/5 orang makan
2 Biji Telur
90gram gula kastor
1/2 sudu cuka
1/2 sudu tepung jagung.
Sedikit esen vanila

Cara buat Meringue:- Mula-mula ambik mixer, pukul 2 biji putih telur ajer(yang kuning tu….boleh goreng makan dengan nasik…takpun letak dalam meggi)kihkih.Pukul sampai kembang sikit.Lepas tu…masukkan gula kastor…kuatkan kelajuan mixer dan pukul sampai kembang lagi.Selepas itu, bolehla masukkan tepung jagung+ cuka+esen.Pukul lagi hingga ringan.Lepas tu, kalau nak tau dah menjadi belum kita punya meringue tu….terbalikkan bekas tu.Kalau meringue tak tumpah….maksudnyer dah menjadi.
Lapik tray dengan baking paper(kalo xde…bolehjer ambik kertas A4 pastu sapu minyak sikit).Buat bulatan pada baking paper tu…then letakkan adunan meringue anda…dalam bulatan yang anda dah lukis tu.Kemudian panaskan oven tu, 180 darjah celsius….letak meringue dalam oven dan bakar dalam sejam- sejam 15minit.Nak tau masak ke tak pavlova anda itu, boleh tengok yang luar dia garing, dalam lembut tu…maknanaya masakla.

P/s:Tempoh masa nak bakar pavlova tu, bergantung pada jenis oven….macam oven cikma.dalam sejam 10minit…dah masak dah.

Bila dah masak tu, bukak pintu oven….dan biarkan pavlova tu sejuk dulu

Sementara tunggu pavlova sejuk….Bolehla pukul whipping cream.Cikma guna dalam 2 cawan whipping cream…pukul sampai kembang dan cikma tambah sesudu gula kastor.

P/s:Pastikan whipping cream tu jenis yang non-dairy punya.Kalau yang Dairy tu…bila kita pukul lama2,dia akan berketul2

Dah siap pukul whipping cream…tuang ke atas pavlova anda dan bolehlah dihias dengan buah-buahan.Seeloknya buah yang jenis masam sikit sebab untuk balancekan pavlova yang dah sedia manis tu.

Contoh cara menghias pavlova. Sumber carian dari googles






Thursday, July 25, 2013

Mee Celup Super Sedap

Semalam.....cikma berbuka dengan mee celup.sedap sangat.Terubat rindu pada mee celup makcik depan sekolah menengah dulu tu. Dulu-dulu, kalau balik sekolah.....dalam seminggu tu, mesti tapau mee celup.Masa tu masa cikma form5..masa SPM dulu.Tahun 2000....dah 13 tahun berlalu.Semalam baru cikma berkesempatan nak masak sendiri.Resepinyer cikma gugel dan ubah ikut citarasa cikma sendiri.Mee celup ni sangat-sangat popular kat kelantan. Dia macam mee sup.Tapi semua bahan-bahan diletak dalam mangkuk termasukla garam, gula.


Ni cikma nak kongsi resepi dengan kawan-kawan semua.....Petang ni bolehla buat untuk berbuka puasa.

Bahan-Bahan Sup(untuk 5/6 orang makan:-
4 ulas bawang putih.....potong dadu kecik-kecik
6 cawan air
daging(ikut banyak mana korang nak)
Isi ayam(ikut banyak mana korang nak)

Cara:- masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bawang putih hingga garing.Lepas tu masukkan air dan daging & ayam. Biar hingga masak dan ketepikan

Bahan-bahan lain:-
Ikan Bilis yang digoreng
Mee kuning
serbuk cili (cili kering yang diblend..tidak terlalu halus.....ada dijual dikedai)
cili padi(potong kecik2)
Limau kasturi/limau nipis
Lobak Jeruk(semalam cikma tak letak sebab lupa nak beli)
Kangkung(potong macam nak goreng tu)
Taugeh
Daub sup & bawang
Garam
Gula
Cuka
Kicap manis & masin
Sos cili

Cara nak hidang(untuk satu mangkuk)
Celup mee+taugeh+kangkung dalam sup(inilah sebabnyer orang panggil mee celup)...meenyer tidak dimasak bersama sup. Lepas tu, masukkan dalam mangkuk...letak sup, daging, ayam,serbuk cili,cili padi,lobak jeruk,gula, garam(cikma letak satu sudu),cuka(cikma letak 2 titis),sos(sikit jer),ikan bilis dan kicap dalam mangkuk tu. Bila nak makan, perahkan asam limau.



Wednesday, July 24, 2013

Lompat Tikam Kelate

Bulan-bulan puasa ni, tak sah kalau tak pekena lompat tikam ni.Padahal, masa kecik dulu....kalau ma buat, jeling jer.Tak maunyer nak makan.Ni antara makanan traditional negeri kelahiran cikma...negeri cik siti wan kembang.
Dulu-dulu, kalau ma cikma buat lompat tikam ni......satu paket beras pulut dia wat.Tu untuk sekali makanlah.Tapi masa tu, tok, abah, nenek dengan ma jer yang makan.Anak-anak semua tak jamahpun kuih ni.Lately ni, sejak diri dah berganjak ke umur dewasa ni...memang jadi feveretla kuih-kuih traditional ni.

Cara nak membuatnyer:-

Lapisan Hijau (untuk 2/3 orang makan)

1 mangkuk tepung beras
1.5 mangkuk air
1/2 cawan air daun pandan/air dari pewarna hijau+sedikit perisa pandan
sedikit garam
sedikit air kapur

Campurkan semua bahan ini dan panaskan atas api macam gambar dibawah ni.

Kacau selalu sampai pekat dan menggelegak
Bila dah sedikit kering.....bolehla diangkat dan diletakkan di dalam bekas dan sejukkan.

Lapisan Putih

3 sudu tepung beras
1 cawan santan sederhana pekat
1/3 cawan air
sedikit garam

Dimasak sama dengan cara lapisan hijau tadi....Letak dalam bekas dan sejukkan

Gula Melaka

2 keping gula melaka
secawan air
daun pandan

Cara:-Masak kesemuanya


Pulut Merah

1 cawan Beras pulut (dibasuh dan ditoskan)
Santan cair secukupnya(setengah dari sukatan memasak nasi)
sedikit garam

Masukkan dalam rice cooker dan masak.


Yeay.....da boleh buat lompat tikam dah. Selamat Mencuba yer kekawanku sekalian.Selamat Berbuka Puasa semua


Thursday, July 18, 2013

Kuantan....cuti-cuti malaysia Part 3 (2013)

Last part untuk cuti2 malaysia cikma yang lepas....ari ketiga, kitorang bergerak dari cherating ke kuantan lepas breakfast and check-out....on the way dari cherating tu...baru kitorang booking hotel.Hotel murah jerla booking.maklumla....cuti ala-ala budget ni.Kitorang duduk kat Hotel Sentral.Betul-betul dalam town.


Dah check-in, japan-jalan cari makan kitorangpun bermulalah di kuantan ni....1st destination kitorang ke Restoran Zaman yang popular dengan nasi lemaknyer.....orang kata kalo g lambat, memang x merasala nasi lemaknyer. Kitorang samapi lebih kurang dalam pukul 11pagi.Tawakkal jerlah kalo sampai da abis nasi lemak tu.

Ni hubby punya nasi lemak + ayam goreng
Komen mr hubby:ermmm, sedapla jugak

Cikma plak, terliur tengok nasi dagangnyer...cikma ni memang hantu nasi dagang...ma cikma sampai sanggup p belajar ngan kawan dia semata-mata nak masak nasi dagang tuk cikma.....huhu.sangat TERHARU...tq ma.muah,muah!!

tara.....nilah dia nasi dagang restoran zaman ni.Sedap sangat uolls.wajib rasa jika ke kuantan. Kuah dia pekat macam kari kedai mamak.en.suami cikma sangat suka kari ikan ni.

Selesai makan.....kitorang balik ke hotel.Menghabiskan masa dan berehat-rehat di sana.Tido 2,3 jam....maklumla..semua da kekenyangan dah.Bangun-bangun tido....ofkosla lapar balik...solat dan siap-siap....Jom kita ke destinasi seterusnyer. Kitorang ke kemaman kopitiam kuantan.


Kat sinipun, cikma order nasi dagang jugaks....erm..nasi dagangnyer biasa-biasa jer.hubby cikma order mee kari.Mee karinyer bole tahan jugakla.Pastu sampingan kitorang order keropok lekor ngan roti bakar. Yang menarik kat sini rasanyer kopi dia kot.






Habis makan, kitorang bawakla anak-anak berjalan ke east coast mall....dah puas berjalan tu, next destinationnyer ialah ke restoran yang femes dengan sataynyer kat kuantan ni. Restoran Zul satay. kat kuantan ni, ada 2 yang cikma nampak kedai zul satay ni.satu kat tepi jalan....kedai kecik jer tapi orang ramai.mungkin yang tu HQ nyer. Restoran ni, cawangan dia..orangpun tak berapa ramai sangat.





Dah kenyang makan satay.....balik tidola.apalagi.jam pun dah kul 10 dah.Cikma lupa nak snap gambar satay yang panas-panas.huhu...maklumla..lapar sangat.Bagi cikma,sataynyer biasa-biasa saja.

Esoknyer...pas breakfast.kitorang check-out dan last destinasi sebum balik KL....Akon patin House. Berpusing-pusing jugak cari....sampai da give-up da. GPS plan bawak tempt mengarut-ngarut her...last-last tak sampan jugak.Dah bosun mencari.....hubby berenti kedai Emas Sri Ayu. Ada promosi sempena anniversary dia.Harga emas tanpa upah.Dia kata"Jom beli emas pulak"haha...suka jugak cikma.tapi xdela tunjuk suka sangat-sangat.Pilih punya pilih...cikma ambik cincin.Harga RM350.kalo beli kat KL ngan upah sekali ni....maunyer 500++ kan.Kih-kih.

Dah siap bershopping tu, gugel lagi Akob Patin House dan call sendiri owner dia. Nasib pakcik tu angkat phone.Dia kata kedai anak diapun ada satu.Dekat ngan hotel apa entah. Tak jugak jumpa.Pastu cikma try tunjuk gambar kedai dia kat hubby....hubby cakap"eh, bukanke ni warung yang belakang hotel yang kita duduk tu"hahahaha..gelak kaw-kawla kitorang.dah lebih 2 jam berpusing-pusing ni.kat belakang hotel jer rupanyer.



Kitorang order patin buah 1, dating salai ngan ayam goreng.sedap tak terkata.....terliur plak bila teringat ni.Pastu bungkus lagi patin biasa ngan patin buah untuk di bawak ke KL







Kerabu ulam-ulaman

seronokkan bulan-bulan puasa ni.tiap-tiap hari dapat masak.takdelah dapur tu tak berasap.hari-hari dapur berasapkan.
Tapi cikma ni, kalau bukak puasa da masak sedap-sedap...time sahur, mesti malas nak masak dah.letih kot.....walaupun minat sangat main masak-masak ni.
Ohya.....semalam, cikma buat kerabu ulam-ulaman.....sedap banget.Teringat kerabu yang moyang ngan ma cikma wat.

Jangan terliur plak bulan-bulan puasa ni...huhu.Ni cikma nak kongsi resepinyer....petang ni/esok-esok lusa, bolehla try resepi ni.

Bahan-bahan:-
setengah biji kelapa parut(yang digoreng atas api tanpa minyak...goreng sampai garing)
Ikan selayang/kembung- Rebuskan dan ambik isi
Bawang merah - Hiris 
Cili merah- 5 biji
Santan pekat - dari 1/2 biji kelapa
Gula
Garam
Limau kasturi/cuka

Bahan ulam:-
Seikat daun selom(lebih kurang RM1)
3batang daun sawi(potong dan celur sikit)
3batang daun kesum

Semua ulam ni....dipotong-potong

Masukkan semua dalam mangkuk.Pastu perasakan dengan gula, garam dan air limau/cuka ikut citarasa anda. Untuk tahan lama sebelum berbuka tu(kalau uols buat awal....letak dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA YER

Tuesday, July 09, 2013

RAMADHAN 1434H

Alhamdulillah.......Allah telah panjangkan umur kita hingga bertemu Ramadhan tahun ini.Maka bertambahlah satu tahun lagi tahun hijrah iaitu kepada tahun 1434 hijrah.Jatuh pada hari Rabu, 10 July 2013.

korang semua da sahur ke?alhamdulillahla kan.Diharap semuanyer dapat menahan diri dari lapar dan perkara2 yang boleh membatalkan puasa hingga kita berbuka nanti pada waktu maghrib...hihi.

Pagi ni cikma bersahur dengan nasi putih panas2.....dimakan dengan daging goreng kicap dan telur mata kerbau....hubbypun bersahur nasik arini.siap tambah2 lagi.dua tahun lepas....dia sahur ngan cereal jer....arini kelaparan kot.

Berbuka ngan apa yer arini.o...arini cikma tak masak rasanyer sebabnyer my mother in law datang KL from taiping. tai taula nak berbuka di mana arini....erm yang tak bestnyer....hubby cikma plak terpaksa bekerja arini. Tak dapat berbuka samalah ini hari.SEDIH gak tuh.

OK...sampai sini jerla....Anak cikma yang kecik ni pun bangun sahur gak nih.diapun dah ngantuk nak tido dah...K,

SELAMAT BERPUASA YER KAWAN-KAWAN