Thursday, November 14, 2013

PAvloVA SEdap & Senang


Arini teringat nak buat pavlova….sebenarnya Cikma takdelah suka sangat pavlova ni….suka gitu-gitu jer. Hubby Cikma yang hantu dessert ni.suka sangat dia bila Cikma wat bendalah nih.!st time wat dulu tak menjadi…..tambah plak masa tu, silap beli whip cream.Ni second time wat….memang menjadi dan sangat-sangat sedap.

Kalau korang nak wat, ist….kena beli bahan2nyer.Bahan-bahanpun xdela banyak…cuma yang mahalnyer tang buah jer.

Bahan 1(Meringue) Untuk4/5 orang makan
2 Biji Telur
90gram gula kastor
1/2 sudu cuka
1/2 sudu tepung jagung.
Sedikit esen vanila

Cara buat Meringue:- Mula-mula ambik mixer, pukul 2 biji putih telur ajer(yang kuning tu….boleh goreng makan dengan nasik…takpun letak dalam meggi)kihkih.Pukul sampai kembang sikit.Lepas tu…masukkan gula kastor…kuatkan kelajuan mixer dan pukul sampai kembang lagi.Selepas itu, bolehla masukkan tepung jagung+ cuka+esen.Pukul lagi hingga ringan.Lepas tu, kalau nak tau dah menjadi belum kita punya meringue tu….terbalikkan bekas tu.Kalau meringue tak tumpah….maksudnyer dah menjadi.
Lapik tray dengan baking paper(kalo xde…bolehjer ambik kertas A4 pastu sapu minyak sikit).Buat bulatan pada baking paper tu…then letakkan adunan meringue anda…dalam bulatan yang anda dah lukis tu.Kemudian panaskan oven tu, 180 darjah celsius….letak meringue dalam oven dan bakar dalam sejam- sejam 15minit.Nak tau masak ke tak pavlova anda itu, boleh tengok yang luar dia garing, dalam lembut tu…maknanaya masakla.

P/s:Tempoh masa nak bakar pavlova tu, bergantung pada jenis oven….macam oven cikma.dalam sejam 10minit…dah masak dah.

Bila dah masak tu, bukak pintu oven….dan biarkan pavlova tu sejuk dulu

Sementara tunggu pavlova sejuk….Bolehla pukul whipping cream.Cikma guna dalam 2 cawan whipping cream…pukul sampai kembang dan cikma tambah sesudu gula kastor.

P/s:Pastikan whipping cream tu jenis yang non-dairy punya.Kalau yang Dairy tu…bila kita pukul lama2,dia akan berketul2

Dah siap pukul whipping cream…tuang ke atas pavlova anda dan bolehlah dihias dengan buah-buahan.Seeloknya buah yang jenis masam sikit sebab untuk balancekan pavlova yang dah sedia manis tu.

Contoh cara menghias pavlova. Sumber carian dari googles






Thursday, July 25, 2013

Mee Celup Super Sedap

Semalam.....cikma berbuka dengan mee celup.sedap sangat.Terubat rindu pada mee celup makcik depan sekolah menengah dulu tu. Dulu-dulu, kalau balik sekolah.....dalam seminggu tu, mesti tapau mee celup.Masa tu masa cikma form5..masa SPM dulu.Tahun 2000....dah 13 tahun berlalu.Semalam baru cikma berkesempatan nak masak sendiri.Resepinyer cikma gugel dan ubah ikut citarasa cikma sendiri.Mee celup ni sangat-sangat popular kat kelantan. Dia macam mee sup.Tapi semua bahan-bahan diletak dalam mangkuk termasukla garam, gula.


Ni cikma nak kongsi resepi dengan kawan-kawan semua.....Petang ni bolehla buat untuk berbuka puasa.

Bahan-Bahan Sup(untuk 5/6 orang makan:-
4 ulas bawang putih.....potong dadu kecik-kecik
6 cawan air
daging(ikut banyak mana korang nak)
Isi ayam(ikut banyak mana korang nak)

Cara:- masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bawang putih hingga garing.Lepas tu masukkan air dan daging & ayam. Biar hingga masak dan ketepikan

Bahan-bahan lain:-
Ikan Bilis yang digoreng
Mee kuning
serbuk cili (cili kering yang diblend..tidak terlalu halus.....ada dijual dikedai)
cili padi(potong kecik2)
Limau kasturi/limau nipis
Lobak Jeruk(semalam cikma tak letak sebab lupa nak beli)
Kangkung(potong macam nak goreng tu)
Taugeh
Daub sup & bawang
Garam
Gula
Cuka
Kicap manis & masin
Sos cili

Cara nak hidang(untuk satu mangkuk)
Celup mee+taugeh+kangkung dalam sup(inilah sebabnyer orang panggil mee celup)...meenyer tidak dimasak bersama sup. Lepas tu, masukkan dalam mangkuk...letak sup, daging, ayam,serbuk cili,cili padi,lobak jeruk,gula, garam(cikma letak satu sudu),cuka(cikma letak 2 titis),sos(sikit jer),ikan bilis dan kicap dalam mangkuk tu. Bila nak makan, perahkan asam limau.



Wednesday, July 24, 2013

Lompat Tikam Kelate

Bulan-bulan puasa ni, tak sah kalau tak pekena lompat tikam ni.Padahal, masa kecik dulu....kalau ma buat, jeling jer.Tak maunyer nak makan.Ni antara makanan traditional negeri kelahiran cikma...negeri cik siti wan kembang.
Dulu-dulu, kalau ma cikma buat lompat tikam ni......satu paket beras pulut dia wat.Tu untuk sekali makanlah.Tapi masa tu, tok, abah, nenek dengan ma jer yang makan.Anak-anak semua tak jamahpun kuih ni.Lately ni, sejak diri dah berganjak ke umur dewasa ni...memang jadi feveretla kuih-kuih traditional ni.

Cara nak membuatnyer:-

Lapisan Hijau (untuk 2/3 orang makan)

1 mangkuk tepung beras
1.5 mangkuk air
1/2 cawan air daun pandan/air dari pewarna hijau+sedikit perisa pandan
sedikit garam
sedikit air kapur

Campurkan semua bahan ini dan panaskan atas api macam gambar dibawah ni.

Kacau selalu sampai pekat dan menggelegak
Bila dah sedikit kering.....bolehla diangkat dan diletakkan di dalam bekas dan sejukkan.

Lapisan Putih

3 sudu tepung beras
1 cawan santan sederhana pekat
1/3 cawan air
sedikit garam

Dimasak sama dengan cara lapisan hijau tadi....Letak dalam bekas dan sejukkan

Gula Melaka

2 keping gula melaka
secawan air
daun pandan

Cara:-Masak kesemuanya


Pulut Merah

1 cawan Beras pulut (dibasuh dan ditoskan)
Santan cair secukupnya(setengah dari sukatan memasak nasi)
sedikit garam

Masukkan dalam rice cooker dan masak.


Yeay.....da boleh buat lompat tikam dah. Selamat Mencuba yer kekawanku sekalian.Selamat Berbuka Puasa semua


Thursday, July 18, 2013

Kuantan....cuti-cuti malaysia Part 3 (2013)

Last part untuk cuti2 malaysia cikma yang lepas....ari ketiga, kitorang bergerak dari cherating ke kuantan lepas breakfast and check-out....on the way dari cherating tu...baru kitorang booking hotel.Hotel murah jerla booking.maklumla....cuti ala-ala budget ni.Kitorang duduk kat Hotel Sentral.Betul-betul dalam town.


Dah check-in, japan-jalan cari makan kitorangpun bermulalah di kuantan ni....1st destination kitorang ke Restoran Zaman yang popular dengan nasi lemaknyer.....orang kata kalo g lambat, memang x merasala nasi lemaknyer. Kitorang samapi lebih kurang dalam pukul 11pagi.Tawakkal jerlah kalo sampai da abis nasi lemak tu.

Ni hubby punya nasi lemak + ayam goreng
Komen mr hubby:ermmm, sedapla jugak

Cikma plak, terliur tengok nasi dagangnyer...cikma ni memang hantu nasi dagang...ma cikma sampai sanggup p belajar ngan kawan dia semata-mata nak masak nasi dagang tuk cikma.....huhu.sangat TERHARU...tq ma.muah,muah!!

tara.....nilah dia nasi dagang restoran zaman ni.Sedap sangat uolls.wajib rasa jika ke kuantan. Kuah dia pekat macam kari kedai mamak.en.suami cikma sangat suka kari ikan ni.

Selesai makan.....kitorang balik ke hotel.Menghabiskan masa dan berehat-rehat di sana.Tido 2,3 jam....maklumla..semua da kekenyangan dah.Bangun-bangun tido....ofkosla lapar balik...solat dan siap-siap....Jom kita ke destinasi seterusnyer. Kitorang ke kemaman kopitiam kuantan.


Kat sinipun, cikma order nasi dagang jugaks....erm..nasi dagangnyer biasa-biasa jer.hubby cikma order mee kari.Mee karinyer bole tahan jugakla.Pastu sampingan kitorang order keropok lekor ngan roti bakar. Yang menarik kat sini rasanyer kopi dia kot.






Habis makan, kitorang bawakla anak-anak berjalan ke east coast mall....dah puas berjalan tu, next destinationnyer ialah ke restoran yang femes dengan sataynyer kat kuantan ni. Restoran Zul satay. kat kuantan ni, ada 2 yang cikma nampak kedai zul satay ni.satu kat tepi jalan....kedai kecik jer tapi orang ramai.mungkin yang tu HQ nyer. Restoran ni, cawangan dia..orangpun tak berapa ramai sangat.





Dah kenyang makan satay.....balik tidola.apalagi.jam pun dah kul 10 dah.Cikma lupa nak snap gambar satay yang panas-panas.huhu...maklumla..lapar sangat.Bagi cikma,sataynyer biasa-biasa saja.

Esoknyer...pas breakfast.kitorang check-out dan last destinasi sebum balik KL....Akon patin House. Berpusing-pusing jugak cari....sampai da give-up da. GPS plan bawak tempt mengarut-ngarut her...last-last tak sampan jugak.Dah bosun mencari.....hubby berenti kedai Emas Sri Ayu. Ada promosi sempena anniversary dia.Harga emas tanpa upah.Dia kata"Jom beli emas pulak"haha...suka jugak cikma.tapi xdela tunjuk suka sangat-sangat.Pilih punya pilih...cikma ambik cincin.Harga RM350.kalo beli kat KL ngan upah sekali ni....maunyer 500++ kan.Kih-kih.

Dah siap bershopping tu, gugel lagi Akob Patin House dan call sendiri owner dia. Nasib pakcik tu angkat phone.Dia kata kedai anak diapun ada satu.Dekat ngan hotel apa entah. Tak jugak jumpa.Pastu cikma try tunjuk gambar kedai dia kat hubby....hubby cakap"eh, bukanke ni warung yang belakang hotel yang kita duduk tu"hahahaha..gelak kaw-kawla kitorang.dah lebih 2 jam berpusing-pusing ni.kat belakang hotel jer rupanyer.



Kitorang order patin buah 1, dating salai ngan ayam goreng.sedap tak terkata.....terliur plak bila teringat ni.Pastu bungkus lagi patin biasa ngan patin buah untuk di bawak ke KL







Kerabu ulam-ulaman

seronokkan bulan-bulan puasa ni.tiap-tiap hari dapat masak.takdelah dapur tu tak berasap.hari-hari dapur berasapkan.
Tapi cikma ni, kalau bukak puasa da masak sedap-sedap...time sahur, mesti malas nak masak dah.letih kot.....walaupun minat sangat main masak-masak ni.
Ohya.....semalam, cikma buat kerabu ulam-ulaman.....sedap banget.Teringat kerabu yang moyang ngan ma cikma wat.

Jangan terliur plak bulan-bulan puasa ni...huhu.Ni cikma nak kongsi resepinyer....petang ni/esok-esok lusa, bolehla try resepi ni.

Bahan-bahan:-
setengah biji kelapa parut(yang digoreng atas api tanpa minyak...goreng sampai garing)
Ikan selayang/kembung- Rebuskan dan ambik isi
Bawang merah - Hiris 
Cili merah- 5 biji
Santan pekat - dari 1/2 biji kelapa
Gula
Garam
Limau kasturi/cuka

Bahan ulam:-
Seikat daun selom(lebih kurang RM1)
3batang daun sawi(potong dan celur sikit)
3batang daun kesum

Semua ulam ni....dipotong-potong

Masukkan semua dalam mangkuk.Pastu perasakan dengan gula, garam dan air limau/cuka ikut citarasa anda. Untuk tahan lama sebelum berbuka tu(kalau uols buat awal....letak dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA YER

Tuesday, July 09, 2013

RAMADHAN 1434H

Alhamdulillah.......Allah telah panjangkan umur kita hingga bertemu Ramadhan tahun ini.Maka bertambahlah satu tahun lagi tahun hijrah iaitu kepada tahun 1434 hijrah.Jatuh pada hari Rabu, 10 July 2013.

korang semua da sahur ke?alhamdulillahla kan.Diharap semuanyer dapat menahan diri dari lapar dan perkara2 yang boleh membatalkan puasa hingga kita berbuka nanti pada waktu maghrib...hihi.

Pagi ni cikma bersahur dengan nasi putih panas2.....dimakan dengan daging goreng kicap dan telur mata kerbau....hubbypun bersahur nasik arini.siap tambah2 lagi.dua tahun lepas....dia sahur ngan cereal jer....arini kelaparan kot.

Berbuka ngan apa yer arini.o...arini cikma tak masak rasanyer sebabnyer my mother in law datang KL from taiping. tai taula nak berbuka di mana arini....erm yang tak bestnyer....hubby cikma plak terpaksa bekerja arini. Tak dapat berbuka samalah ini hari.SEDIH gak tuh.

OK...sampai sini jerla....Anak cikma yang kecik ni pun bangun sahur gak nih.diapun dah ngantuk nak tido dah...K,

SELAMAT BERPUASA YER KAWAN-KAWAN

Tuesday, June 11, 2013

Cherating.....Cuti-cuti malaysia DAY 2

Lama plak baru post sal cuti-cuti malaysia cikma ni....Day 2 ni, kita ke cherating....Dari bukit tinggi ni kitorang menghala ke Kuantan.Pusing-pusing, pusing,pusing...sesat ke barat abisla kitorang ni. Patutnya ambik exit ke Maran tu....barula dekat nak ke Cherating kalo lalu ikut highway Pantai Timur tu. Kalo nak ikutkan kejap jer da boleh sampai...dalam sejam lebih or dua jam.Campur dengan sesat tu, dalam 3 jam baru sampai ke cherating tu. Sepanjang-panjang nak ke Holiday Villa Cherating tu, banyak kedai keropok lekor. Disebabkan kelaparan, singgahla beli kat salah satu kedai tu. mungkin silap kedai kot.....keropok dia tak sedap sangatlah.

Sesampainya kat Holiday Villa....sebelum apa-apa atau nak ke mana-mana, cikma g check in dulu.Turun-turun jer kereta....wah, rasa nyaman dan selesanya kawasan tu...macam berada di kampung cikma yang kat Bachok nun.

Da check in, terusla kitorang ke challet kami.Anak bujang cikma bukan main seronok...sebabnya swimming pool betul2 depan challet. Keadaan kat dalampun selesa...cuma aircond dia macam tak berapa sejuk...ataupun mungkin sebab cuaca kat luar sangat panas..




Lepas letak barang-barang, kitorang keluar dan menghala ke kemaman...Hubbyku teringin nak makan kat satu kopitiam ni HAI PENG KEMAMAN.Kopitiam ni sangat popular dengan kopinyer.Hubby cikma ni memang sangat suka try & testing kopi2 ni.



Sampai kat Haipeng ni dah kul 5 petang, ingatkan kedai dah nak tutup.Rupanya ramai lagi yang tengah melepak di kedai tu. Makanan pun dah takde sangat dah. Husband ofkosla order kopi ngan roti bakar....cikma ambik nescafe ais ngan nasi + gulai ikan bungkus. Okla....tengah-tengah lapar kan.
Balik dari kemaman....banyak gak kedai keropok keping ngan keropok lekor...tetiba cikma ternampak orang jual sata, urmmmm lama da mengidam nak makan ni.Cikma suh hubby berenti dan beli dalam 5 ketuk RM2...comey2 jer sata tu.Walaupun kecik...tapi sedap u olls...ada hirisan cili api lagi tu.So, sesaper yang suka pedas, bolehla gigit makan cili api tu...boleh berasap telinga rasanyer.


Ha....ni si bujang ngan BOAT baru dia....nak swimming jap lagi.
Malamnyer, destinasi makan malam kami kat Awang Ikan Bakar....makanannyer sedap dan murah.


Berhampiran Holiday Villa ni, banyak lagi chalet2 berhampiran.Esoknyer...breakfast di depan pantai.Best sambil menikmati angin yang sepoi2 bahasa tu. dari penglihatan cikma.....ramai yang menginap di Holiday Villa ni kebanyakannyer staff2 petronas.







Thursday, May 30, 2013

Bukit Tinggi Cuti-cuti malaysia Day 1



Waa.....mood mengepost cuti-cuti malaysia plak....sebenarnyer ada kisah disebalik cuti-cuti malaysia ni.
Kul 6pagi pepagi lagi ada teksi datang pick-up hat rumah......maka dengan lancarnyer teksi tersebut menghala ke LCCT.....web check in telah dibuat.so, xdela kelam kabut nak mengejar nak check in bila sampai di sana nnti.cuma masukkan baggage jer la nanti.Sesampainyer di sana, scan bag sumer.....mengahalala kitorang ke kaunter untuk masukkan baggage.sampai2 kat sana.....TEtiba....jengjeng jeeeeng......staff airasia cakap...3passport lepas...satu passport x lepas.yang tak lepas tu passport my husband....bukan dah expired...cuma lagi 4 bulan expired.sepatutnyer 6bulan sebelum expired jer baru boleh keluar negara. terasa BENGANG sangat masa tu. Patutnyer...masa wat web check in tu, diorang habaqla awai2....kalo kita tau awal2....bolehlah kita g renew awai2...bendapun xdela jadi cenggini....adoila....staff cakap kalo nak g bertiga bolehla.Gila ke hapa....xkanla cikma nak g bertiga ngan anak2 jer...pastu husband dengan gediknyer cakap..."u pergilah"amboi.....boleh plak dia cakap camtu yer.

Sangatlah x best.nak tukar tiket ke ari lain, lagi tiga hari lagi baru ada flight ke sana.Kitorang bukan pergi ke mana pun. Flight ke surat thani dan seterusnyer nak ke Koh Sa Mui yang cantik sesangat tuh...FRUST  sangat-sangat.....

Pastu dah xtau nak watper.....lepak kat marrybrown LCCT...sambil bincang-bincang nak ke mana...yelah, dah alang2 dah cuti kan.....nak ke Moribla, Pd lah, Bukit Fraser lah, last-last kitorang decide ke Bukit Tinggi. Ambik cab dan balik ke rumah.Ambik kereta, terus menghala ke Bukit Tinggi.alahai, dekat jer...tak sampai sejam, dah samapi.Terus ke lobi dan check in....dapatla bilik yang RM250/night.....masih teringat-teringat lagi hotel yang dah booking kat surat thani tuh.sob...sob

Biliknyer kecik jer

Waktu saya sampai ni, cuaca biasa2 jer...tak sejuk sangat dan tak panas sangat...mood dok oversea pun xder sebab x sesejuk mana.Cameron highland lagi sejuk kot.

Makanan senang jer kat sana...cuma kena prepare duit lebih sikitlah...agak mahal kat sana.Sisng jer kitorang makan kat cafe...malam saya masak nasi dan masak sardin(maklumlah...banyak bekal yang dibawa untuk ke Surat thani...sob,sob...sedih lagi)

Pemandangan dari dalam bilik

Abang yang tak berapa sihat.


ni abang yang ambik gambar

sesampainyer di bilik, abis lipstick mama dik...bila ayah yang mengasuh

Pemandangan di petang hari

MAlam di Bukit Tinggi

Ada persembahan tarian...orang lelaki suka kot.sebab pakai baju ala2 bollywood.nampak pusat bagai

Jom Breakfast

Alhamduillah..abang da tak demam

day check out...Jeng..jeng..jeng..next destination














Wednesday, May 29, 2013

Onde-onde or Buah melaka


Tetiba teringin nak makan onde-onde ni.....dulu-dulu masa kecik, idakla cikma suka sangat bedaalah nih. Bila umur da meningkat ni, tekak pun da macam orang tua-tua sikit....nak makan masakan orang tua2 zaman dahulukala. Dulu, mak cikma suka wat kuih ni masa bulan puasa....bukan sikit dia wat, satu kuali besar dia wat....padahal time tu anak-anak dia bukannyer makan sangat kuih ni.....adik-beradik cikma ada ramai...9 orang u alls....bulan puasa, memang meriah....sebenarnyer kuih ni kegemaran moyang cikma....kitorang memang duduk sekali. Bukak puasa dia makan kuih ni....balik terawih, makan...bila sahur....ada lagi baki kuih ni, dia makan lagi. Rindunyer kat arwah....Al-fatihah.

Ok.....ni 1st time cikma wat onde-onde...alhamdulillah...menjadi jugak rupanyer.cuma tang kelapa tu...x cukup muda.Kalo guna kelapa yang muda sikit, mesti lagi sedap dan berlemak.

Ni resepinyer:-
secawan tepung beras
sedikit air kapur
pewarna hijau/air daun pandan(cikma guna pewarna dan letak pandan essence.....zaman dah berubah sekarang kan....guna yang ni lagi senangkan---padahal malas)
sedikit air
sebiji kelapa untuk buat kuih(beli kat mana2 pasaraya/pasar segar)
gula melaka(guna bersesuaian dengan kemanisan yang anda mahukan)
sedikit garam
Daun pandan

Caranyer:-
masukkan tepung beras, air kapur, pewarna dan pandan essence...uli bagi rata. Air dimasukkan sedikit2...uli adunan sampai adunan tidak melekat pada bekas.ketepikan

Masukkan kelapa parut ke dalam kuali....letak secawan air, masukkan gula melaka, garam dan daun pandan....bila air dah kering, masukkan lagi air secawan setengah....ambik adunan tepung tadi, golek-golekkan atas tapak tangan...buat bebola kecik jer....pastu penyetkan bebola itu...pastu balingkan jer ke dalam kuah kelapa parut tadi.Buat sampai adunan tepung habis...masak sampai kering.Bolehla diangkat dan di makan

Bulan puasa dah dekat, bolehla try nanti untuk pencuci mulut

Tuesday, May 28, 2013

Botanical Effect F2 MASKER & satin lips

hai u all.....harap-harap semuanyer sihat selepas bercuti panjang ari jumaat hingga ahad aritu  sempena hari Wesak yang lepas..dan kepada guru2...selamat bercuti panjang sempena cuti sekolah 2 minggu ni.Dengki cikma ngan u all...itula.saper suruh x jadi cikgukn aritu.sebenarnyer pas degree aritu adala mintak KPLI(kursus perguruan lepasan ijazah) tapi tak lepas...huhu.sekali tu jelah mintak.exam dia susah jugak.haha.tu yang x dapat kot.

arini cikma nak tunjuk cara-cara penggunaan masker botanical effect F2 mary kay dan satin lips mary kay.Abaikan model yang tembam tu...yang penting penggunaannyer betul.

1st step:-

Basuh dulu muka anda dengan pencuci muka (cikma guna botanical effect 3 in 1 cleanser F2)....lepas tu ambik sedikit masker dan apply kat muka macam ni....bahagian mata jangan letak sebabnyer bahagian mata mempunyai kulit yang sangat nipis....ini untuk mengelakkan bahagian mata kering.



2nd step:-

Ambik satin lips sikit dan apply kat bibir anda..biarkan selama 5-10 minit.




3rd step:-

Biarkan kedua2nyer kering.....bolehla siapkan mana-mana kerja rumah yang belum siap....nak basuh pinggan kat dapurker....siapkan makanan untuk suami dan anak-anakker.....lipat bajuker....sidai bajuker...dan yang penting, anda boleh senyum dan bercakap-cakap...tak perlu nak control muka takut berkedut ker apa ker.huhu

Sambil tu, boleh sediakan tisu untuk basuh muka tu....cikma guna tisu muka yang kecik tu dengan disposable mary kay tissue.Basahkan disposable tissue tu dan perah airnyer.


4th step:-

mula2 basahkan bibir dan ambik tisu kecik kat atas tu.....lap jer pada bibir anda.maka, dah siapla bibir anda di spakan.hehe...best sangat pakai lipspa ni.bibir lembap jer sepanjang minggu.....sesuai untuk cuaca yang sangat panas sekarang sebabnyer bibir akan mudah kering.

5th step:-

Basahkan tangan anda dan gosok pada muka anda secara membulat....dan selepas itu, ambik disposable tissue dan laplah muka anda itu.





Ha...ni yang cikma nak tunjuk kelebihan masker ni pada korang semua.....kalo zoomkan gambar ni, anda akan nampak bintik2 hitam pada disposable tissue ni....ni pun cikma guna masker seminggu sekali masih banyak kotoran di muka.Bayangkanlah kalo cikma tak pernah memasker kulit muka....banyakke or tak kotoran2 yang berkumpul di muka cikma ni.....TAKUTKAN.


Taraaaa... nila muka setelah siap memasker muka yang hanya memakan masa 5-10 minit jer ni. Sebaik mungkin guna dua kali seminggu.


Ala....cikma lupala nak ambik gambar sebelum....sori yer kengkawan. ni muka setelah masker dibuat.Muka kelihatan lebih bersih dan tegang u all....